Unit Pengurusan Teknologi Hijau (UPTH) ini ditubuhkan untuk menyahut dan merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Blueprint Smart Green PolyCC. Sejarah penubuhan UPTH ini bermula pada tahun Jun 2018, di mana pegawai PolyGreen telah dilantik. Dalam tempoh 6 bulan, satu Jawatankuasa Green Technology telah ditubuhkan yang terdiri dalam kalangan staf PTSB. Kemudian pada Jun 2019 Jawatankuasa Green Technology ini telah ditukar kepada Unit Pengurusan Teknologi Hijau (UPTH). Maka dengan pertukaran nama ini, tugas dan peranan UPTH semakin luas dan menyeluruh impaknya kepada warga PTSB dan komuniti luar. .