#

BERITA

WASTE TO WEALTH DAY

Kempen kesedaran Hari Bumi – Waste to Wealth Day bukan sahaja memberi kesedaran kepada pelajar PTSB tetapi termasuk juga kepada staf Politeknik dan ahli keluarga yang mendiami kuarters PTSB. Selain daripada ceramah kesedaran Hari Bumi terdapat aktiviti lain juga yang turut disediakan termasuklah pengumpulan barangan e-waste, pengumpulan minyak terpakai serta barang-barang lain yang boleh dikitar semula.

Sambutan yang positif daripada pelajar, staf dan penghuni kuarters PTSB menunjukkan warga PTSB cakna dengan isu alam sekitar. Melalui kempen yang dijalankan ini dapat memberi kesedaran kepada warga PTSB akan kepentingan kitar semula e-waste dan minyak terpakai, menyampaikan maklumat tepat berkenaan impak e-waste dan minyak terpakai kepada alam sekitar serta menyediakan saluran untuk warga PTSB untuk kitar semula e-waste dan minyak terpakai.

Selain itu, penglibatan staf dan pelajar (Kelab GT dan Kelas DCC30082) kepada aktiviti kesukarelawan membantu meningkatkan kesedaran pengurusan sisa serta kesedaran mencintai alam sekitar.Hal ini secara tidak langsung memberi kesedaran kea rah meningkatkan pembudayaan SmartGreen dalam pelbagai pengurusan.

# #