Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti kehidupan jika dibiarkan berterusan. Apabila teknologi hijau digunakan secara berkesan dalam kehidupan, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum. Ia dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula jadi.
Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Ia dapat membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat dioptimumkan. Justeru itu, Unit Pengurusan Teknologi Hijau PTSB sebagai sebuah unit yang telah diamanahkan untuk mengurus teknologi hijau telah mengambil langkah untuk menyediakan Pelan Induk Kampus Hijau PTSB Tahun 2021 sehingga 2025.
Mewujudkan budaya hijau dan melestarikan PTSB bagi melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan matlamat transformasi politeknik serta menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun akan datang
Pembudayaan Budaya Hijau dan Penjanaan Teknologi Hijau Untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian Alam