#

BERITA

KEMPEN KESEDARAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR (PAKAIAN TERPAKAI)

Kempen pengumpulan pakaian terpakai juga mempunyai manfaat sosial yang penting kepada staf di JMSK. Pakaian yang dikumpulkan ini diserahkan kepada sekolah angkat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai.

Program ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat "memberi" di kalangan staf kepada golongan yang memerlukan. lanya juga dapat menambahkan ikatan ukhwah antara sekolah angkat.

Pakaian yang dikumpulkan boleh dijual semula, memberi peluang pekerjaan dalam industri kitar semula dan menjana pendapatan. la juga membantu mengurangkan kos pembuatan pakaian baru, yang dapat mengurangkan harga pakaian secara keseluruhan.

Kempen pengumpulan pakaian terpakai memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pengurangan sampah, kitar semula, dan kelestarian alam. la membantu mendedahkan maklumat kepada orang ramai mengenai isu-isu lingkungan dan memupuk amalan yang lebih lestari. Jumlah pakaian yang berjaya dikutip adalah sebanyak 194.71 kg. Baju-baju yang dikumpulkan adalah terdiri dari baju kanak-kanak lelaki sebanyak 25.37 kg, baju kanak-kanak perempuan sebanyak 11.825 kg, baju sekolah sebanyak 9.545 kg, baju lelaki dewasa sebanyak 39.495 kg dan baju perempuan dewasa 108.475 kg.

Dengan cara ini, ia membantu mengurangkan jumlah pakaian yang dibuang dan men!􀀨urangkan pencemaran alam sekitar. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, kempen pengumpulan pakaian terpakai yang dilaksanakan beqaya menarik minat warga PTSB berkaitan kepentingan amalan kitar semula menjadi elemen penting dalam kehidupan seharian manusia.

# #