Program ini akan memanfaatkan 29 orang pelajar Sukarelawan YES PTSB dengan mendapat pengalaman bekerjasama dengan NGO Life Line Clothing Msia Sdn Bhd.
Lambakan pakaian terpakai disetiap isi rumah dihadapi oleh semua orang. Perkara ini meresahkan kerana terdapat pakaian yang masih boleh dipakai sedangkan Environment Idaman tidak lagi mahu menerima pakaian disebabkan lambakan dipusat pengumpulan sisa sedia ada. Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses pakaian lama untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula pakaian tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh menggunakannya. Oleh itu, program yang akan dijalankan ini dapat memberi jalan kepada warga PTSB untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melalui program yang dijalankan ini juga dapat membantu untuk mengekalkan kehijauan bumi ini dengan membantu pelupusan atau guna semula pakaian-pakaian yang masih boleh dipakai.
4 buah lori pakaian terpakai telah berjaya dikumpul dan diserahkan kepada NGO Life Line Clothing Msia Sdn Bhd.