Pembinaan Laman Herba Lestari @JKA ini merupakan satu usaha untuk mengindahkan landskap di JKA. Ia adalah satu usaha untuk merealisasikan pelan tindakan bidang tumpuan pengurusan alam sekitar, landskap dan pengurusan sisa seperti yang termaktub dalam, Pelan Induk Kampus Hijau PTSB Tahun 2021–2025 dan Blueprint SmartGreen PolyCC 2021-2025.
Taman Herba@JKA ini akan dibangunkan di antara bangunan akademik dengan dewan kuliah JKA. Rasional taman ini dibangunkan adalah berdekatan dengan sumber air (berdekatan dengan SPAH), bersebelahan dengan tempat penghasilan baja kompos dan ia laluan pelajar untuk ke bengkel. Dengan faktor-faktor ini maka ia sesuai untuk dibangunkan sebagai Taman Herba@JKA.
Pembinaan taman ini akan dilaksanakan oleh pelajar yang mengambil subjek DCC50262 (Environmental Pollution and Control). Dalam program ini pelajar akan merekabentuk taman dengan menggunakan bahan terpakai dan menanam pokok-pokok herba. Selain itu, dengan pembinaan taman herba ini ia berfungsi sebagai pusat pembelajaran herba dalam meningkatkan kesedaran masyarakat teruatama golongan muda agar menghargai dan memeastikan khazanah alam terus terpelihara.