Perkongsian Ilmu : Penghasilan Produk Hijau dilaksanakan pada 12 Oktober 2021. Sasaran perkongsian ilmu ini dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Environmental Pollution & Control, Green Technology Compliance dan Engineering Society.
Pelan Induk Kampus Hijau Tahun 2021-2025 (PIKH) telah dilancarkan pada penghujung bulan oktober 2020. Sebanyak 10 bidang tumpuan yang terkandung dalam PIKH. Misi PIKH selari dengan misi SmartGreen PolyCC iaitu mewujudkan budaya hijau dan melestarikan politeknik bagi melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan matlamat transformasi politeknik serta menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun 2025.
Antara bidang tumpuan yang terkandung dalam PIKH adalah bidang tumpuan satu iaitu Pendidikan, Penyelidikan dan Inovasi. Objektif bidang tumpuan satu ini bertujuan menarik penglibatan warga PTSB di dalam semua aspek pendidikan dan penyelidikan yang menjurus ke arah kemampanan menghasilkan produk yang berteraskan mesra alam sekitar.
Justeru itu pelan tindakan bidang tumpuan satu ini yang merujuk kepada inovasi dan pengkomersialan bagi memenuhi smart goal seperti dalam PIKH maka perkongsian ilmu ini diadakan. Smart Goal dan pelan tindakan ini adalah untuk meningkatkan aktiviti inovasi yang mempunyai unsur green dan kebolehsediaan komersial.
Antara objektifnya adalah :-
1. | Mendedahkan warga PTSB berkaitan dengan inovasi yang mempunyai unsur hijau |
2. | Mendedahkan warga PTSB berkaitan pengkomersialan produk hijau. |
3. | Meningkatkan ilmu berkaitan gaya amalan hijau. |