WEBINAR ini diadakan membantu dan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada tenaga-tenaga pengajar di PTSB mengenai perkara-perkara dan isu-isu yang berkaitan dengan teknologi hijau. Selain itu juga webinar ini dapat memberi manfaat dan menambahkan pengetahuan pegawai PTSB di Unit Pengurusan Teknologi Hijau PTSB.
Webinar ini adalah inisiatif yang diusahakan secara bersama antara Pensyarah Program Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Unit Pengurusan Teknologi Hijau Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Inisiatif untuk mengadakan program ini adalah kerana PTSB kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi hijau dan alam sekitar. Pada masa yang sama Unit Pengurusan Teknologi HIjau PTSB baru sahaja ditubuhkan dan sebahagian daripada pegawai di unit ini memerlukan pendedahan serta pengetahuan yang lebih mendalam tentang perkara-perkara serta isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Bagi memastikan keberkesanan program ini, seksyen “Center Of Environment Technology” Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah dipilih berdasarkan pengalaman dan kemampuan seksyen ini yang sebelum ini pernah mengendalikan program-program seperti ini.
Antara objektifnya adalah :-
1. | Dapat memudahkan tenaga pengajar PTSB yang mengajar kursus DUG30023 “Green Technology Compliance “ untuk menyediakan |
nota-nota kuliah serta bahan pengajaran dan pembelajaran memandangkan kursus ini merupakan kursus “Common Core” bagi program | |
Diploma Geomatik dan Diploma Pemasaran. | |
2. | Dapat membantu Unit Pengurusan Teknologi Hijau bagi merangka pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan teknologi hijau dan alam |
sekitar. Ini secara tidak langsung dapat memberi bermaafaat kepada semua warga PTSB pada masa akan datang seperti dalam Pelan | |
Induk Kampus Hijau PTSB. |