SmartGreen PolyCC telah dilancarkan pada penghujung tahun 2019. Blueprint SmartGreen PolyCC ini dikeluarkan bertujuan untuk memenuhi hasrat kerajaan melalui Dasar Teknologi Hijau. Di mana misi SmartGreen PolyCC ini adalah mewujudkan budaya hijau dan melestarikan politeknik bagi melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan matlamat transformasi politeknik serta menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun 2025. Maka, bengkel ini diadakan bertujuan menjadi rujukan dan panduan serta pemangkin untuk menjadikan PTSB sebagai satu kampus hijau di Malaysia.