Program Green Talk telah dilaksanakan pada 18 Mei 2022. Sasaran perkongsian ilmu ini dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Green Technology Compliance.
Pelan Induk Kampus Hijau Tahun 2021-2025 (PIKH) telah dilancarkan pada penghujung bulan oktober 2020. Sebanyak 10 bidang tumpuan yang terkandung dalam PIKH. Misi PIKH selari dengan misi SmartGreen PolyCC iaitu mewujudkan budaya hijau dan melestarikan politeknik bagi melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan matlamat transformasi politeknik serta menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun 2025.
Antara bidang tumpuan yang terkandung dalam PIKH adalah bidang tumpuan satu iaitu Pendidikan, Penyelidikan dan Inovasi. Objektif bidang tumpuan satu ini bertujuan menarik penglibatan warga PTSB di dalam semua aspek pendidikan dan penyelidikan yang menjurus ke arah kemampanan menghasilkan produk yang berteraskan mesra alam sekitar.
Justeru itu pelan tindakan bidang tumpuan satu ini yang merujuk kepada pelaksanaan kurikulum hijau, manakala sasaran smart goal iaitu memastikan 100% elemen hijau diterapkan ke dalam kurikulum dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka program Green Talk ini diadakan bagi memberi ruang untuk pelajar berbincang dan membahaskan isu yang berkaitan dengan amalan hijau di PTSB khususnya dan amnya di peringkat negara dan dunia.