#

BERITA

PTSB FUN WALK ANJURAN KESAKA DAN UPTH

Bengkel Perancangan Aktiviti UPTH 2024 merupakan bengkel yang bertujuan untuk merancang dan menyusun aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh UPTH pada tahun 2024. Bengkel ini dimulakan dengan ‘Postmoterm” terhadap pencapaian UI-Greenmatric dan MPCCSustAward 2024. Apakah UI GreenMetric? UI GreenMetric World University Ranking ialah penarafan kampus hijau dan kelestarian alam sekitar yang dimulakan oleh Universitas Indonesia pada tahun 2010. Tahun 2023 PTSB pertama kali menyertai Pertandingan UI Greenmatric dan berjaya meletakkan PTSB pada kedudukan 793 daripada 1183 keseluruhan penyertaan. Manakala dalam MPPSustAward 2023, PTSB telah mendapat tempat pertama dalam Bidang Tujahan Pengurusan Sisa. PTSB juga mendapat 2 Anugerah didalam GPM Sustainability Award yang mematuhi kriteria didalam Sustainability Development Goal (SDG).

Pada 10 Mac 2024, Kelab Kebajikan Sukan dan Ukhwah Kakitangan (KESAKA) dan Unit Pembangunan Teknologi Hijau (UPTH) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telahpun menganjurkan PTSB Fun Walk sekitar kawasan politeknik dengan anggaran jarak sekitar 2.5km. Aktiviti riadah ini dilihat mendapat penyertaan yang baik di kalangan pensyarah dan staf PTSB. Disamping itu pihak penganjur juga menyediakan hamper cabutan bertuah pada penghujung acara bagi meraikan sokongan daripada semua staf.

Aktiviti ini dianjurkan bagi memupuk semangat Kerjasama antara staf PTSB di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara staf samada di pihak akademik dan bukan akademik. Selain itu, aktiviti ini juga bagi menyahut seruan kempen berjalan kaki yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Teknologi Hijau (UPTH). Program ini juga dapat mewujudkan kesedaran budaya hidup sihat di kalangan staf PTSB.

# #