Program Penghasilan Baja Takakura@JKA merupakan satu langkah untuk mengurangkan sisa disamping dapat menjana pendapatan ekonomi. Ia adalah satu usaha untuk merealisasikan pelan tindakan bidang pengurusan sisa seperti yang termaktub dalam Pelan Induk Kampus Hijau PTSB Tahun 2021-2025 dan Blueprint SmartGreen PolyCC 2021-2025.
Penghasilan baja Takakura ini akan dilaksanakan di pusat Mampan@UPTH PTSB. Penghasilan baja Takakura ini dipilih sebagai kaedah penghasilan baja kompos kerana bahan-bahan yang digunakan mudah dan senang diperolehi.Ia akan dilaksanakan oleh pelajar yang mengambil subjek DCC50262 (Environmental Pollution and Control). Dalam program ini pelajar akan menghasilkan sendiri baja kompos dan menggunakannya di taman Herba@JKA.