#

BERITA

WEBINAR TEKNOLOGI HIJAU PTSB 2021 EDISI 3 : INNOVATION IN GREEN TECHNOLOGY

Webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan khusus kepada pelajar-pelajar DJJ40182 : Project 1. Antara isi kandungan kursus ini adalah berkenaan dengan pendekatan teknologi IR4.0 dan Kelesterian Tenaga dalam mengaplikasikannya terhadap projek pelajar. Kursus kaedah online ini dianjurkan oleh Unit Projek & Inovasi Pelajar JKM dengan kerjasama Unit Pengurusan Teknologi Hijau dan COT PTSB ini diharapkan mampu membantu pelajar dalam merekabentuk projek-projek mereka selari dengan kehendak dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Antara objektif webinar ini adalah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pendekatan teknologi IR4.0 bagi kursus projek akhir dalam menghasilkan projek yang berimpak tinggi dan menyumbang kepada kelestarian penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

#

#

#

#