Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mengawal tekanan darah dan mengurangkan stress. Berjalan kaki boleh menghasilkan penghasilan hormone endofin yang akan membuatkan kita lebih ceria dan sihat. Manfaat lain berjalan kaki adalah mengurangkan rasa lesu dan meningkatkan tenaga. Bagi memenuhi hasrat ini, Unit Pengurusan Teknologi Hijau akan mengadakan satu KEMPEN “GREEN WALK” melibatkan semua staf PTSB. Kempen ini bertepatan dengan misi Pelan Induk Kampus Hijau dalam Bidang Pengangkutan.