#

BERITA

PERTANDINGAN KONTEN TIKTOK TEKNOLOGI HIJAU TEMA : KITAR SEMULA

Pertandingan ini dilaksanakan untuk mendedahkan kepada semua warga politeknik pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Seterusnya meningkatkan tahap kesedaran amalan lestari warga politeknik dalam kehidupan seharian terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan politeknik. Kempen kitar semula haruslah diteruskan sebagai usaha mendidik warga politeknik akan kepentingan melestarikan alam sekitar. Hanya melalui kempen kita dapat mendidik masyarakat umumnya dan mahasiswa mahasiswi politeknik.

#

#

#

#

#