Bengkel “Mini Project DIY Soap Using Recycled Cooking Oil” ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan penghasilan sabun dengan menggunakan semula minyak masak. Melalui bengkel ini, ianya bukan sahaja dapat menyedarkan warga PTSB berkaitan amalan menjaga alam sekitar dengan menggunakan minyak terpakai. Mengitar semula minyak terpakai adalah salah satu usaha yang boleh dijalankan oleh semua peringkat masyarakat bagi mengurangkan pencemaran minyak dan gris dalam air sisa domestik. Malah ianya juga boleh memberi nilai tambah kepada semua untuk mengusahakan perniagaan berasaskan sabun yang dihasilkan sendiri.