Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk dijadikan barang-barang baru- Selain itu, pengumpulan bahan terpakai seperti minyak juga untuk dijadikan prodük lain seperti lilin, sabun dan bahan bakar (biodiesel). Barang terpakai ini juga dapat memberi kegunaan kepada organisasi kitar semula selain boleh dijadikan bahan jualan semuala. Oleh itu, program yang dijalankan ini dapat menggalakkan staf PTSB mengamalkan proses kitar semula khususnya minyak terpakai. Melalui program yang dijalankan ini dapat memberi kesedaran kepada kita untuk mengekalkan kehijauan bumi ini.