Webinar ini diadakan untuk meningkatkan informasi teknologi yang diimplementasi di peringkat Malaysia dalam sistem penjanaan tenaga elektrik. Selain itu juga, ianya dapat membantu pelajar memahami sistem tenaga boleh diperbaharui dengan lebih dekat dan jelas.
Antara objektif webinar ini adalah :-
1. | Berkongsi pengetahuan terkini dalam industri berkaitan teknologi tenaga boleh diperbaharui Renewable Energy dan sistem kuasa Power System yang diguna pakai kepada pelajar. |
2. | Meningkatkan pengetahuan berkenaan tenaga solar photovoltaik (PV) yang dilaksanakan di Malaysia. |
3. | Mengetahui dari segi teknikal sistem pengurusan dan prasarana dalam menjalankan sistem tenaga boleh diperbaharui. |
4. | Menyuntik semangat dalam akademik amnya dan khususnya dalam kursus DEG300. |
Webinar ini dihadiri oleh 80 orang pelajar dan 4 orang pensyarah PTSB. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan teori dan praktikal dari segi keutamaan dan sistem pemasangan solar terutamanya jenis fotovoltaik( PV) yang dipraktikan dalam di Malaysia. Bahkan, menerusi platform ini, pelajar dapat menimba pengetahuan terkini tentang kegunaan dan kepentingan sistem penjanaan tenaga solar melalui PV panel.
Dalam webinar ini juga, pelajar dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan dengan kompenon-komponen dan peralatan yang diperlukan dengan cara yang selamat dalam penggunaan sistem solar PV. Selain itu, peserta webinar juga dibekalkan informasi berkaitan skim-skim yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam memupuk dan menggalakkan rakyatnya untuk melibatkan diri dalam penjanaan tenaga elektrik berteraskan solar PV.