#

BERITA

PERKONGSIAN AKTIVITI DAN PAMERAN UPTH SEMPENA LAWATAN YB MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM DI SMA TARBIYAH DINIYYAH KULIM

UPTH PTSB telah dijemput untuk membuat taklimat perkongsian aktiviti dan membuat pameran di Sek. Men. Agama Tarbiyah Diniyah Kulim bersempena dengan lawatan YB Tuan Nik Nadzmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi program Rumah Ibadat Hijau (RIH). Program RIH adalah salah satu inisiatif Kementerian Bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) di dalam menjaga kepentingan kelestarian alam sekitar. Pasukan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) PTSB bersama-sama dengan MGTC dan pihak SMATD telah menjalankan kerja-kerja audit awalan pada bulan Disember 2023.

Ts.Mariyati telah membentangkan perkongsian aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai oleh UPTH PTSB kepada para pelajar dan para jemputan di dalam dewan yang disediakan. Selain daripada pameran projek pelajar yang mempunyai unsur-unsur green, PTSB mengambil peluang membuat promosi program-program pengajian yang ditawarkan di PTSB.. Selesai ucapan alu-aluan YBM sesi diteruskan dengan taklimat program RIH, penyerahan laporan audit RIH, Penyerahan Pili Cekap Air (MGTC) dan penyerahan Sijil Rakan Kerja Strategik RIH MGTC. YB Menteri telah melawat dan menanyakan soalan kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah PTSB yang terlibat di dalam pameran tersebut

#