Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melalui Unit Pengurusan Teknologi Hijau (UPTH) berbesar hati menerima kunjungan Jabatan Meteorologi Malaysia yang diketuai oleh En. Azlan Ross bin Omar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Teknikal, bersama empat pegawai untuk satu sesi perbincangan strategik, hari ini.
Perbincangan ini memberi fokus kepada potensi kerjasama meliputi perkongsian ilmu dalam Kursus Hidrologi, penyelidikan dan inovasi pensyarah serta projek akhir pelajar, selain peluang latihan industri. Turut dibincangkan adalah akses kepada aplikasi dan data meteorologi terkini bagi tujuan penyelidikan melalui platform MyMetData.
Selain itu, cadangan penganjuran webinar, lawatan akademik ke ibu pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia serta pelaksanaan Certificate of Collaboration (CoC) turut dipersetujui sebagai langkah memperkukuh jaringan strategik kedua-dua pihak.
Kolaborasi ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada warga PTSB dalam memperkasa bidang TVET selari dengan keperluan industri dan teknologi semasa.