#

BERITA

INOVASI HIJAU PTSB CURI TUMPUAN DI PCIRI 2026

Kreativiti yang diterjemahkan melalui inovasi lestari terus menjadi kekuatan warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) apabila berjaya mencipta pencapaian membanggakan dalam Perak Creative & Innovative Recycle Idea Competition (PCIRI) 2026 anjuran Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh.

Antara kejayaan membanggakan ialah projek Penghasilan Bata Mesra Alam Sebagai Elemen Sokongan Aktiviti di Nurseri PTSB yang dibimbing oleh Puan Norul Huda Shamsudin dan Ts. Mariyati Mat Soad bersama pelajar Muhammad Nurhakim Norisham serta Auni Hayati Ahmad Nazri yang berjaya meraih pingat emas.

Turut membawa pulang pingat emas ialah projek Pickup-Oil di bawah bimbingan Dr. Geetha Nadesan bersama pelajar Dafne Selvi Lazarus, Shree Mahgellan Letchumanan, Muhammad Afiq Syahmi Ramli dan Nurul Nasuha Md Zuki.

Sementara itu, projek Steppower yang diketuai oleh Puan Siti Hajar Binti Ismail bersama Encik Mohd Fairul Rasid, Encik Muhd Nasae Mahyuddin dan Hasnolhayat Mokhtar turut berjaya memperoleh pingat perak.

Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap hasil inovasi, malah mencerminkan budaya pembelajaran progresif yang diterapkan dalam kalangan pensyarah dan pelajar PTSB. Platform seperti PCIRI 2026 turut membuka ruang kepada peserta memperkukuh kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan pemikiran kreatif melalui perkongsian idea bersama panel profesional industri dan akademik.

#